Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ingin merakamkan ribuan Terima Kasih kepada badan-badan korporat serta ahli-ahli PSSCM yang telah menzahirkan penghargaan mereka dalam siaran Harian Metro, pada 23 Februari 2020, kepada YM Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, di atas pengiktirafan “Anugerah 100 Individu Terpilih di Kuala Lumpur Tahun 2020” oleh akhbar The Edge.

Pengiktirafan seperti ini memberi petanda yang jelas bahawa usaha Silat Cekak selama 55 tahun, untuk memartabatkan Silat dan budaya Melayu, telah disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat.

Ini dapat dilihat melalui matlamat Silat Cekak dalam melahirkan modal insan yang berani, amanah, dan berintegriti, yang seterusnya dapat memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

 

Harian Metro keluaran 23 Februari 2020. Klik pada gambar untuk resolusi besar

Sila like dan kongsi artikel ini:
Facebook
Twitter
Visit Us
Follow Me
YouTube
YouTube
Instagram