20 Mac 2013, Kuala Lumpur – Presiden Pesaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah memanggil untuk diadakan mesyuarat Exco bersama Setiausaha Badan Gabungan Negeri Pesaka secara tergempar bertempat di Hotel Grand Season di sini jam 6.00 petang. Mesyuarat ini adalah bagi membincang isu mengenai Perasmian Gerbang Persilatan Sedunia di Sg Duyong ,Melaka pada 26 Mac 2013.

Majlis tersebut bakal akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.YAB Presiden meminta seramai 20,000 orang warga silat dari seluruh negara dapat bersama di dalam program tersebut. Ini adalah merupakan hasrat semua warga silat melihat kewujudan tempat tersebut.

Atas usaha YAB Datuk Seri Mohd Ali Presiden Pesaka, beliau telah berjaya merealisasikannya dengan bantuan Kerajaan Negeri Melaka dan Kementerian Pelancongan. Tempat tersebut seluas 35 ekar dan menelan belanja sebanyak RM35 juta.Kawasan tersebut di dalam Perkampungan Hang Tuah, manakala Gerbang Persilatan Sedunia seluas 5 ekar tersergam indah 5 buah astaka melambangkan semangat Hang Tuah 5 bersaudara, sebuah muzium, sebuah auditorium dan setiap bangunannya berbentuk rumah tradisi Melayu. Tempat tersebut mampu menempatkan seramai 10,000 orang pesilat. Ia juga sebagai mercu tanda kebanggaan setiap warga silat di negara kita.

Di dalam agenda yang lain, YAB Presiden telah bersetuju melantik Sdr Sham Ghani sebagai Pengerusi Koperasi Silat Pesaka (Kosilat) yang baru menggantikan Datuk Sharabudin Kudus dan Dato’ Zubir Zabidi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi KOSILAT.

Sdr Ab Rauf Abdullah telah membentangkan mengenai takwim sesi penerangan Pesaka berkaitan PRU 13 di seluruh negara. Mesyuarat berakhir pada jam 7.10 malam.

Pada 21 Mac 2013, maklumat yang diterima program tersebut telah ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Syukur Alhamdulillah, ucapan tahniah dan syabas, atas kegigihan dan usaha keras YAB Datuk Seri Mohd Ali, beliau telah merealisasikan impian kita untuk melihat sebuah Gerbang Persilatan yang unggul.

InsyaALLAH, suatu masa nanti, kiblat persilatan akan beralih ke Malaysia.


Galleri foto di sini

 

Berita & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM