27 Feb 2013, Kuala Lumpur – Bertempat di Hotel Grand Season di sini, seramai 25 orang exco Pesaka telah menghadiri Mesyuarat Exco Pesaka Kali Pertama sesi 2013-2016 bermula jam 3.00 petang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Presiden Pesaka. Turut hadir Timbalan Presiden YB Datuk Suhaimi, Naib Presiden 1, Y.Bhg. Datuk Zubir Embung, Naib Presiden 2, En. Rosman Mat Deli, Setiausaha Agong, Y.Bhg. Datuk Hj Megat Zulkarnain serta Exco Pendiri Pesaka. Sdr Sham Ghani, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Melaka mewakili PSSCM.

 Dalam mesyuarat tersebut YAB Datuk Seri Presiden telah mengucapkan tahniah kepada exco tertinggi Pesaka yang telah dapat mengekalkan jawatan mereka semasa Sidang Agung Pesaka pada 12 Jan 2013 di Melaka.Beliau telah memaklumkan sedikit maklumat mengenai PRU Ke 13 dan meminta agar PESAKA dapat membantu kerajaan.

 Di dalam laporan Setiausaha Agung, Pesaka telah bersetuju menamakan Pengurus pasukan Malaysia ke Kejuaraan Terbuka Belgium pada 01-08 Mei 2013 di ketuai oleh Sdr Rosman Mat Deli, Sdr AB Rauf Abdullah telah dilantik sebagai Pengurus pasukan Malaysia ke Myanmar semasa Sukan Sea apad bulan Dis 2013. 

 Mesyuarat telah bersetuju mengekalkan semua portfolio jawatan cuma dipinda fungsi nya,Sdr AB Rauf Abdullah sebagai Ketua Penerangan,Sdr Rosman Mat Deli sebagai Pengerusi Biro Pembangunan Budaya Silat Melayu,Sdr Sham Ghani sebagai Pengerusi Biro Pendidikan IPT & Sekolah,Sdr Sazarin Sardomo sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama (Pengerusi nya YB Datuk Yaakub),Sdr Zaini Marzuki sebagai Timbalan Pengerusi Biro Perlembagaan & Perundangan ( Pengerusi nya Datuk Zubir Embung), Sdr Zaidi Besah sebagai Pengerusi Web Site Pesaka (diletakkan di bawah Ketua Penerangan Pesaka) .

 PSSCM telah menghadiahkan Buku Panduan Ibadah & Buku Marhaban & Barzanji yang telah di sampaikan oleh Sdr Sham Ghani. Pesaka juga telah sudi memberi sumbangan bantuan pentadbiran dan Pengurusan kepada semua Badan Gabungan Pesaka sebanyak RM 12,000.

 Mesyuarat berakhir pada jam 6.00 pm.

 

Galleri foto di sini

 

Berita & Gambar : Jabatan Penerangan PSSCM