4 Februari 2011, Bukit Mertajam – Hajah Radziyah Binti Said atau lebih dikenali sebagai Mak Tam, isteri kepada mantan Presiden & Guru Utama PSSCM, YM Tuan Haji Ishak Bin Itam telah kembali ke rahmatullah pada hari ini sekitar jam 6.00 – 7.00 pagi (dalam tidur) dalam usia 78 tahun. Pengesahan kematian dibuat jam 10.00 pagi.  Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berapit, Bukit Mertajam selepas solat Asar.

Guru Utama & Presiden, Ahli Jawatankuasa Pusat & Negeri serta Ahli-ahli PSSCM di seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada YM Tuan Haji Ishak Bin Itam dan keluarga di atas kembalinya allahyarmah kerahmatullah. Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan beliau bersama-sama orang-orang solihah. Al-Fatihah.