Kuala Lumpur, 2 Mac 2013 – Seramai 250 orang ahli PSSCM dari kelas-kelas latihan dan IPT-IPT sekitar lembah kelang bersama-sama menghadiri majlis tahlil Almarhum Tn Hj Ishak bin Itam di Rumah Persatuan PSSCM Ibu Pejabat bertempat di Jalan Kent di sini.

Semalam genap setahun pemergian almarhum mengikut bulan islam iaitu pada tanggal 19 Rabiul Akhir. Majlis yang sama juga diadakan di cawangan dan kelas-kelas latihan PSSCM di seluruh Malaysia. Majlis dimulakan dengan solat Isya’ berjemaah, kemudian solat hajat yang diketuai oleh Sdra Sazarin Sardomo dan diakhiri dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Khaharudin Abdul Rahman.

Majlis Tahlil di cawangan Seberang Perai

Setiausaha Agong PSSCM, Sdra Mohd Hafiz Jamil dalam ucapannya serba sedikit mengimbau sejarah-sejarah bersama almarhum dan seterusnya mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir. Al-fatihah

Galleri foto di sini