30 Julai 2011, Rawang –  PSSCM Pusat Latihan Bukit Beruntung telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra pada Sabtu jam 4.30 petang di PSSCM Kelas Latihan Rawang bagi merayai JK Induk,  JK  Pelaksana dan JK Kecil sempena selesainya Demonstrasi Perdana PSSCM 2011 yang diadakan pada 16 Julai bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, Batang Kali. Syukur Alhamdu lillah, sambutan dari PSSCM Cawangan Negeri dan IPT turut serta bersama 1300 orang peserta demonstrasi serta 3,000 orang  tetamu hadir menyerikan majlis tersebut. Jawatankuasa Penganjur bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab bagi merealisasikan program itu.

Galleri foto di sini

Majlis Ramah Mesra telah dirasmikan oleh Naib Presiden PSSCM, YBhg. En. Roslin bin Ali Omar. Turut hadir isteri beliau, YDP PSSCM Cawangan Selangor, YBrs. En. Zainol bin Saifuddin, Ketua Penerangan PSSCM, YBhg. En. Rosman bin Mat Deli, Penyelia-Penyelia Kelas, Tenaga-Tenaga Pengajar dan ahli-ahli PSSCM.

Seramai 170 orang hadir termasuk AJK PSSCM Cawangan Selangor, PL Bukit Beruntung, PSAS, UNISEL, PL Selayang, PL Cheras, PL Serdang, KL Sungai Besi, KL Rawang, KL Ulu Yam, KL Country Home dan KL IP Jalan Kent termasuk ahli keluarga turut memeriahkan majlis tersebut. Tetamu dijamukan dengan berbagai hidangan termasuk sate, ayam panggang, mee goreng, rendang dan sebagainya. Acara penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderahati kepada Jawatankuasa Induk dan Perlaksana disempurnakan oleh Perasmi, Naib Presiden PSSCM, YBhg. En. Roslin bin Ali Omar.
Majlis tersebut berakhir pada jam 6.45 petang.