30 hb Mac 2013, Batu Pahat Majlis Penerangan Siri 1 Jelajah Pesaka di Johor di adakan atas kesinambungan permintaan YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam Presiden Pesaka merangkap Ketua Menteri Melaka, memberi penjelasan kepada semua Pertubuhan silat mengenai isu semasa dan peranan warga silat membantu kerajaan di dalam PRU ke 13.

Turut hadir memberi ceramah dalam majlis yang diadakan di Universiti Tun Hussain Onn Malaysia,Batu Pahat , Johor jam 10.00 malam  ini Naib Presiden Pesaka, YBhg Rosman Mat Deli, Ketua Penerangan Pesaka, YBhg AB Rauf Abdullah dan YBhg Khairuddin Sulaiman, Presiden Pesaka Johor. Turut hadir seramai 40 orang termasuk JK Pesaka Johor ,Pesaka Daerah Johor,Guru-guru silat dan Jurulatih silat.

Antara isu utama yang di perjelaskan mengenai

1. Hala tuju,misi & visi Pesaka
2. Perpindahan pendaftaran Pertubuhan daripada PJS kepada ROS.
3. Bantuan insuran Kementerian Penerangan,Komunikasi & Kebudayaan kepada pengiat silat.
4. Bantuan kewangan dari Kementerian Belia & Sukan dan Kementerian Penerangan,Komunikasi & Kebudayaan.
5. Sumbangan pengurusan pentadiran oleh Pesaka kepada Pesaka Negeri
6. Peranan warga silat didalam memartabatkan silat Melayu menerusi Pesaka
7. Menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di dalam PRU ke 13
8. Bersama & bersatu mendaulatkan agama,bangsa & negara.
Hasil program tersebut telah memberi kesan yang positif dan sokongan yang padu terhadap kepimpinan negara.Semoga Program Penerangan Siri Jelajah Pesaka ke seluruh negara mendapat sambutan yang baik khas nya dari kalangan warga silat.Majlis bersurai jam 11.30 malam.

 

Sumber Berita & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM