24 Ogos 2013, Seremban – Lebih 2000 orang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah membanjiri majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Guru Utama bersama ahli-ahli PSSCM.

Majlis tahunan yang diadakan ini dihadiri oleh YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah serta isteri, Datin Hajjah Rosnida Ali Omar, barisan jawawatankuasa Pusat dan Cawangan PSSCM serta ahli-ahli PSSCM seluruh negara.

Antara tetamu khas yang hadir ke majlis ini ialah Datuk Ibrahim Ismail, Ketua Pengarah Muzium Negara yang juga ahli lama Seni Silat Cekak Malaysia.

Di dalam program ini juga Datin Rosnida turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak ahli PSSCM yang hadir. Pada majlis ini juga YM Guru Utama turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli PSSCM kerana mendoakan kesejahteraan isteri beliau.

Semasa majlis perasmian ini juga diadakan rakaman perutusan kemerdekaan Guru Utama & Presiden PSSCM.

Keseluruhan ahli yang hadir amat berpuas hati dengan program yang diadakan pada hari ini khususnya dari segi juadah makanan yang disediakan yang banyak, sedap dan pelbagai jenis. Majlis yang bermula jam 12 tengahari itu berakhir sekitar jam 6 petang.

Galleri foto di sini