14 Mac 2013, Putrajaya – PESAKA telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Datuk Abdul Rahman bin Othman bertempat di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di sini jam 10.00 pagi.. Turut hadir Naib Presiden PESAKA merangkap Ketua Penerangan PSSCM, Encik Rosman bin Mat Deli; Setiausaha Agung PESAKA merangkap Presiden Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Dato’ Wira Haji Omardin; Ketua Penerangan PESAKA, Encik AB Rauf Abdullah, Setiausaha Eksekutif PESAKA, Encik Mohd Shafie Omar, Timbalan Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan PESAKA merangkap Pengerusi Jabatan Perundangan PSSCM, Encik Zaini bin Marzuki, Setiausaha Agong PSSCM, Encik Mohd Hafiz bin Jamil,Penasihat Undang-undang PSSCM, Encik Riza Makhzan bin Ariffin dan Encik Jefri (wakil PSSLM). 

Antara agenda perbincangan tersebut berkisar mengenai surat arahan daripada Pesuruhjaya Sukan yang telah bersetuju memindahkan 162 buah persatuan/pertubuhan/ kelab/ badan silat untuk mendaftar semula di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). PESAKA telah diminta oleh pihak ROS memaklumkan dan memastikan semua persatuan/pertubuhan/ kelab/ badan silat melaksanakan proses tersebut. 

ROS dengan kerjasama PESAKA akan mengadakan Bengkel atau Taklimat kepada semua persatuan atau pertubuhan silat bagi memudahkan urusan pentadbiran mereka. 

Sebarang kemusykilan mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Encik Mohd Hafiz bin Jamil, Setiausaha Agong PSSCM. 

Pertemuan tersebut berakhir pada jam 11.00 pagi.

Galleri foto di sini

Berita & Gambar : Jabatan Penerangan PSSCM