26 Februari 2010, Putrajaya – Kontinjen PSSCM antara 110 kontinjen yang terdiri dari 7112 peserta menyertai perarakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di sini. Perarakan pagi ini bermula seawal jam 7.30 pagi dari Dataran Istana Kehakiman ke Masjid Putra sejauh 2.5 km.

Kontinjen PSSCM yang diketuai oleh En. Rosman Bin Mat Deli, Ketua Penerangan PSSCM terdiri dari seramai 100 orang ahli yang terdiri dari gabungan ahli-ahli dari kelas dan Pusat Latihan Bukit Beruntung, PL Cheras, PL Kuang, PL Serdang, KL Selayang, KL Sg. Besi, UIAM dan UniKL-BMI.