13 April 2011, Rawang – Zulhisham Bin Abdul Latif, Ketua Pusat Latihan Kuang telah meninggal dunia akibat kemalangan maut. Motorsikal yang beliau tunggang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 439.3 berdekatan Hentian Rawang jam 8.00 pagi semasa dalam perjalanan dari Bukit Beruntung.

Jenazah kini sedang dalam proses bedah siasat di Hospital Sg. Buloh dan dijangka di kebumikan selepas Solat Asar.  Kepada ahli-ahli PSSCM diminta berkumpul di rumah allahyarham di Batu 17, Kuang jam 3.00 petang. Maklumat lanjut sila hubungi YDP PSSCM Selangor, Sdr Zainol di talian 012-3268391.

Presiden & Guru Utama, kepimpinan Pusat & Cawangan serta ahli-ahli PSSCM seluruh Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham dan berdoa semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solih. Al-Fatihah.