Melaka, 11 Dis 2012 – Ketua Penerangan PSSCM, En. Rosman Mat Deli (DSM) telah dianugerahkan Darjah Seri Melaka pada Selasa, 11.12.2012 bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka oleh Tuan Yang Terutama (TYT), Yang DiPertuan Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakub, sempena menyambut hari jadinya.

 
 
Pengurniaan ini adalah sebagai penghargaan Tuan Yang Terutama Tun terhadap perkhidmatan dan jasa cemerlang kepada Negeri Melaka khasnya dan Malaysia amnya.

YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah serta seluruh Jawatankuasa Pusat, LPT, Jawatankuasa Cawangan serta seluruh ahli PSSCM mengucapkan syabas & tahniah kepada beliau.