Keputusan Sijil Rendah Silat Cekak Sesi 2018/2019

1 Jun 2019, Kuala Lumpur - Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kursus, Kemahiran & Ujian (JKKU) hari ini mengumumkan keputusan penuh Ujian Sijil Rendah Seni Silat Cekak Malaysia yang telah diadakan sepanjang sesi 2018/2019 yang lalu. Secara keseluruhan, seramai 512 orang calon ujian sijil rendah telah berjaya memperolehi sijil.


(Gambar hiasan - Istiadat Konvokesyen PSSCM)

Calon-calon yang berjaya akan menerima Sijil Rendah Silat Cekak dalam Majlis Istiadat Konvokesyen PSSCM Kali ke-36 yang akan diadakan pada 22 Jun 2019 jam 8.00 pagi di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban. Semua calon yang berjaya dijemput hadir. Segala pertanyaan boleh menghubungi JKKU di talian +60 19-385 2475.

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.

Senarai penuh boleh diperolehi melalui link berikut:

1. Zon Selatan

2. Zon Tengah

3. Zon Timur

4. Zon Utara