Majlis Berbuka Puasa & Sambutan Nuzul Al-Quran 2019/1440H

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) akan menganjurkan Majlis Khatam Quran, Berbuka Puasa & Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Lembah Kelang Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 2019/1440H pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 22hb. Mei 2019 / 17 Ramadhan 1440H
Hari: Rabu
Masa: 5.00 Petang Hingga 12.00 Tengah Malam
Tempat: Surau Sek. Men. Setiabudi, Gombak
Pakaian: Baju Melayu Biru Gelap/ Baju Kurung
Yuran: RM 30.00 seorang

Aturcara:

05.00 ptg: Ketibaan Ahli-ahli PSSCM & Pendaftaran
05.15 ptg Ketibaan Ahli-ahli JKP dan LPT
05.30 ptg Ketibaan Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah (PMW,BCM)
Presiden & Guru Utama PSSCM serta Isteri
06.00 ptg Majlis Khatam Al-Quran
07.21 mlm Majlis Berbuka Puasa
08.00 mlm Solat Maghrib Berjemaah
08.30 mlm Jamuan Makan
09.30 mlm Solat Isyak dan Terawih Berjemaah 
10.25 mlm Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
10.30 mlm Ceramah Nuzul Al-Quran
Oleh Y.Bhg. Ustaz Rusli Bin Jamaudin
Mudir Madrasah Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah
11.15 mlm Majlis Penyerahan Zakat
11.30 mlm Ucapan Perasmian oleh
Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah
Presiden & Guru Utama PSSCM (PMW,BCM)
11.45 mlm Penyampaian Cenderahati 
12.00 mlm Moreh dan Bersurai