"Pesilat Bangsa Beradat" -Program Himpunan Pendekar Port Dickson

29 Disember 2018, Port Dickson - Seramai 50 orang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Cawangan Negeri Sembilan terlibat bersama-sama 28 buah pertubuhan silat yang lain menjayakan persembahan demonstrasi.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Port Dickson.

Tn Haji Baharudin Bin Abdul Rahim, Yang DiPertua PSSCMNS telah membuat  penyerahan Buku Jubli Emas & Buku Silat Cekak Silat Akademi Jilid 1,2 & 3 kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.