Naib Presiden PSSCM Terima Anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW)

1 Februari 2018, Kuala Lumpur - Naib Presiden PSSCM, En Safaran Bin Hj. Ahmad dikurniakan bintang Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XV, Sultan Muhammad V. En Safaran adalah antara 370 orang penerima dalam Istiadat Mengadap & Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Wilayah Persekutuan 2018 sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 yang berlangsung Istana Negara di sini hari ini. 

Pengurniaan pingat kepada beliau ini adalah merupakan suatu pengiktirafan kerajaan kepada PSSCM khususnya dan pengamal seni silat di negara ini amnya. Pada istiadat yang lepas, Tuan Hj. Rosli Abd Rahim turut menerima anugerah bintang yang sama.

YM Guru Utama dan Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah serta seluruh barisan kepimpinan dan ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta berdoa semoga beliau terus maju jaya dalam menyumbangkan bakti kepada PSSCM demi membangunkan budaya bangsa ini.

Lani-lain foto di sini