Kembara Cekak Ke Puncak Kinabalu

29 September 2016, Gunung Kinabalu -  Misi utama Kembara Cekak ke Puncak membentangkan Logo Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) di Gunung Kinabalu sempena Jubli Emas 50 Tahun terlaksana jua pagi tadi selepas berjaya membuat pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu setinggi 4095 Meter jam 6.00pagi.

Cekak Di Puncak Kinabalu

Kain logo yang bersaiz 40' x 40' kaki berjaya dibentangkan di kaki puncak South Peak oleh peserta kembara yang diketuai oleh Jurulatih Psscm Cawangan Terengganu, Saudara Azwarin Ahmed bersama urusetia dari Terengganu Backpackers. Mereka juga turut dibantu oleh Malim Gunung Kinabalu. Para pendaki dari pelbagai negara merasa kagum dan turut sama menyaksikannya sewaktu pendakian turun dari Puncak Kinabalu.

Seluruh pentadbiran dan ahli-ahli PSSCM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sdr. Azwarin Ahmed bersama pasukannya yang membantu menaikkan nama PSSCM. Tahniah diucapkan.