Sesi Pembentangan SAG3D Di i-ENVEX 2016

Kangar, 10 April 2016 - Bertempat du Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) yang diwakili oleh Kumpulan Penyelidik Sistem Analisis Gerakan 3 Dimensi (SAG3D) telah menyertai 'International Engineering Invention & Innovation Exhibition (i-ENVEX) 2016' yang diadakan di sini dari 8-10 April 2016. Produk yang dipertandingkan adalah 'Cekak Visual 3D v1.0: The Development of a Low Cost Motion Analysis System', penyertaan adalah di bawah kategori Universiti (Siswazah/Pascasiswazah), bidang Manufacturing Process, Machines & Equipment. Pertandingan inovasi ini telah disertai oleh 400 peserta dari 20 buah negara.




<< Klik di sini untuk koleksi foto >>


Alhamdu lilLah dengan izin Allah, dengan syafaat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, berkat guru-guru kita, karamah dan hikmah kedua ibu bapa, PSSCM telah berjaya memenangi 'GOLD PRIZE' dalam pertandingan inovasi tersebut yang diadili oleh para juri dari dalam dan luar negara.

Kumpulan SAG3D mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada YM Datuk Haji Maideen Kadir Shah serta Jawatankuasa Pusat yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan.