Perutusan Setiausaha Agong PSSCM Sempena Ulangtahun Kelahiran PSSCM Ke-50

 

Syukur Alhamdu lillah,

Terima kasih kepada YM Datuk Guru Utama, AJK Pusat, LPT, YDP, Penyelia, Jurulatih dan ahli-ahli PSSCM sekelian.

Dengan izin dan doa restu YM Datuk Guru Utama kita telah dapat menyempurnakan tugasan tadi sempena rancangan Malaysia Hari Ini MHI di TV3.

Siaran tadi juga bertepatan dengan sambutan menyambut genap ulangtahun kelahiran Silat Cekak yang ke 50 dizahirkan oleh Ust Hanafi pada 28 Dec 1965 ke alam nyata.

Perjuangan Silat Cekak ini telah diasaskan oleh Ustaz Hanafi dan telah di teruskan amanahnya oleh tiga guru YM Ust Hanafi Hj Ahmad, Tn Hj Ishak Itam dan Datuk Hj Maideen Kadir Shah yang telah memimpin dan membuktikan ilmu budaya melayu telah di terima oleh masyarakat malaysia daripada golongan cendekiawan dan intelektual dari peringkat atasan menjawat jawatan menteri hinggalah ke pelbagai peringkat sokongan.

Guru-guru Silat Cekak telah berkorban keseluruhan hidupnya untuk memastikan orang melayu dapat bersatu dan beriman dan mewarisi ilmu budaya Melayu ini yang sangat hebat dan berkualiti tinggi dan menjadi sumbangan pembentukan negara bangsa yang lahir daripada jati diri modal insan yang mempunyai iman, ihsan dan amal.

Selamat Menyambut Ulangtahun kelahiran Silat Cekak yang ke-50.

 


MOHD HAFIZ BIN JAMIL
Setiausaha Agong PSSCM
28 Disember 2015