Informasi

Category: Informasi

Perutusan YM Guru Utama & Presiden PSSCM Sempena Ramadhan 1438H

Assalamualaikum wrh.wbr.kth.

Yang saya kasihi ahli-ahli PSSCM sekelian,

Sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak 1438H yang bakal menjelang ini, saya dan isteri serta ahli keluarga, ingin memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf, di atas sebarang salah silap saya samada yang saya sedari atau tidak sedari, samada yang saya sengaja atau tidak sengajakan, iaitu dalam tempoh sepanjang hampir lapan tahun saya memimpin persatuan dan menjalankan amanah perjuangan ini.

Saya dan isteri serta ahli keluarga, dengan rendah diri memohon ampun dan maaf daripada seluruh ahli-ahli PSSCM di seluruh negara samada yang mengenali atau tidak mengenali saya.

Sekian ,terima kasih.

Mohon Ampun dan Maaf Zahir & Batin.

DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH
Guru Utama & Presiden
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Category: Informasi

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Merafak Sembah & Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV

SULTAN MUHAMMAD V

D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak)., D.K. (Perlis), D.K. (Kedah)., .D.K. (Terengganu)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.

Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV

Pada Hari Isnin, 24 April 2017 Bersamaan 27 Rejab 1438H

 

Yang berdatang sembah,

Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah
Guru Utama & Presiden
Serta Barisan Kepimpinan & Ahli-ahli
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

Category: Informasi

Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM terima anugerah Ahli Mahkota Wilayah



 

Sekalung Tahniah kepada Tuan Haji Rosli Abd Rahim, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM di atas penganugerahan bintang Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W.) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XV, Sultan Muhammad V, sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2017 di Istana Negara, Kuala Lumpur.

YM Guru Utama dan Presiden, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah serta seluruh barisan kepimpinan dan ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah serta berdoa semoga Tuan Haji Rosli Abd Rahim terus maju jaya dan menyumbang kepada PSSCM demi membangunkan budaya bangsa ini.