Permohonan Kursus Sijil Menengah Akademik sesi 2017/2018

Assalammulaikum,


Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran untuk mengikuti Kursus Sijil Menengah Akademik sesi 2017/2018 sedang dibuka sehingga 30/6/2017. Terbuka kepada semua Tenaga Pengajar. Sijil Menengah Akademik ini adalah pra syarat untuk menduduki Sijl Menengah (Anugerah) Guru Utama. Kursus akan dikendalikan oleh Jurulatih yang telah dikursuskan oleh LPT. Kursus adalah selama 15 bulan (maksima) dalam bentuk teori dan praktikal.
 
Syarat-syarat kelayakan:


1.       Tenaga Pengajar:
           a. Telah menduduki dan Lulus Ujian Sijil Rendah
           b. Berkhidmat sebagai Tenaga Pengajar secara aktif selama 1 tahun.
           c. Pengesahan dari Penyelia Kelas
           d. Tertakluk oleh keputusan LPT

Pecahan Yuran adalah seperti di bawah:


a.       Pendaftaran – RM 200.00
b.      Yuran Bulanan – RM 60.00 X 15 bulan = RM 900.00

Kursus akan diadakan di Kelas Latihan Shah Alam, Seksyen 8, Shah Alam.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Mohd Fadillah di email mfadillah @silatcekak.org

Sekian, terima kasih.


p/s : T.Pengajar sila mohon melalui Penyelia masing2.