Notis Mesyuarat Agong Perwakilan Ke-45

NOTIS KENYATAAN
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA KALI KE-45
(MAP PSSCM KE-45)


Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP)
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Kali Ke-45 akan diadakan seperti
berikut :
Tarikh : 20 hb. Mei 2017 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Datuk Haji Maideen
Ibu Pejabat PSSCM Cawangan Negeri Sembilan
(tertakluk kepada pindaan)


Agenda MAP PSSCM ke-45 adalah seperti berikut :


Agenda 1 Kata-kata aluan oleh Pengerusi Mesyuarat MAP 45.
Agenda 2 Perlantikan Setiausaha Sementara sebagai Pencatat Minit Mesyuarat.
Agenda 3 Meluluskan dan mengesahkan minit mesyuarat MAP PSSCM kali ke-44.
Agenda 4 Menerima Laporan Aktiviti PSSCM bagi Tahun 2016.
Agenda 5 Menerima Laporan Penyata Kewangan PSSCM bagi Tahun 2016.Agenda 6 Bersetuju menerima, menerima pakai dan meluluskan serta mengesahkan
(ratify) segala tindakan-tindakan Jawatankuasa Pusat dan Jawatankuasa
Cawangan hasil dari keputusan mesyuarat jawatankuasa masing-masing
yang diadakan sebelum dari MAP PSSCM kali ke-45.
Agenda 7 Membincangkan usul-usul daripada Jawatankuasa Pusat (JKP) dan
cawangan-cawangan PSSCM sekiranya ada.
Agenda 8 Pemilihan Pengerusi Tetap MAP PSSCM ke-46.
Agenda 9 Ucapan Penangguhan.


Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan :
Setiausaha Agung
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
708-3, Tingkat 4, Bangunan Silat Cekak Malaysia
Lot 138, Seksyen 79, Jalan Sentul, 51000 KUALA LUMPUR
Tel: 03-22027671 (P) / 03-26912327 (Fax)
Hp: 013-3412413


Sekian harap maklum.


Yang menjalankan tugas,
B/p PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA


MOHD HAFIZ JAMIL
Setiausaha Agung

 

<< Notis Penuh MAP-45 Di Sini >>