Notis Terkini

Category: Notis Terkini

Keputusan Penuh SMA & USR 2017

Keputusan Penuh Sijil Menengah Akademik (SMA) & Ujian Sijil Rendah (USR) Persatuan Seni Silat Cekak Cekak Malaysia (PSSCM) sesi 2016/2017. Bagi calon yang berjaya, Istiadat Konvokesyen akan diadakan pada 20 Mei 2017 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban.

1. Sijil Menengah Akademik

2. Ujian Sijil Rendah - Ibu Pejabat

3. Ujian Sijil Rendah - Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

4. Ujian Sijil Rendah - Johor

5. Ujian Sijil Rendah - Kedah

6. Ujian Sijil Rendah - Kelantan

7. Ujian Sijil Rendah - Melaka

8. Ujian Sijil Rendah - Negeri Sembilan

9. Ujian Sijil Rendah - Pulau Pinang

10. Ujian Sijil Rendah - Seberang Perai

11. Ujian Sijil Rendah - Selangor

12. Ujian Sijil Rendah - Terengganu

 

PSSCM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli yang berjaya dalam Sijil Menengah Akademik dan Ujian Sijil Rendah.

 

Segala pertanyaan mengenai keputusan ini hendaklah berhubung dengan En. Mohamad Fadillah Muhamed Ares melalui emel mfadillah[at]silatcekak.org atau melalui hp  019-3852475.

Category: Notis Terkini

Notis Perjumpaan Ahli Ibu Pejabat PSSCM 2017

NOTIS KENYATAAN
PERJUMPAAN AHLI IBU PEJABAT
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA 2017


Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Perjumpaan Ahli Ibu Pejabat Persatuan
Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) akan diadakan seperti berikut :


Tarikh : 22 hb April 2017 (Sabtu)
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Multipurpose Hall (MPH), Menara TM, Jalan Pantai Bharu,
50672 Kuala Lumpur,
(Tertakluk kepada pindaan)


Ahli Ibu Pejabat yang sah dan berdaftar dengan PSSCM serta telah membayar yuran
tahunan adalah layak untuk menghadiri perjumpaan Ahli Ibu Pejabat di atas.


Tujuan perjumpaan Ahli Ibu Pejabat diadakan adalah untuk memilih 20 orang wakil Ahli Ibu
Pejabat ke MAP PSSCM kali ke-45 menurut Fasal 7.7.2 Perlembagaan PSSCM.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan :
Setiausaha Agung
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
708-3, Tingkat 4, Bangunan Silat Cekak Malaysia
Lot 138, Seksyen 79, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur
Tel : 03-22027671 (P) / 03-26912327 (Fax)
Hp: 013-3412413


Sekian harap maklum.


Saya yang menjalankan tugas
b/p PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA


MOHD HAFIZ BIN JAMIL
Setiausaha Agung

 

<< Notis Penuh Perjumpaan Ahli Ibu Pejabat PSSCM 2017 Di Sini >>

Category: Notis Terkini

Notis Mesyuarat Agong Perwakilan Ke-45

NOTIS KENYATAAN
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA KALI KE-45
(MAP PSSCM KE-45)


Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP)
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Kali Ke-45 akan diadakan seperti
berikut :
Tarikh : 20 hb. Mei 2017 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Datuk Haji Maideen
Ibu Pejabat PSSCM Cawangan Negeri Sembilan
(tertakluk kepada pindaan)


Agenda MAP PSSCM ke-45 adalah seperti berikut :


Agenda 1 Kata-kata aluan oleh Pengerusi Mesyuarat MAP 45.
Agenda 2 Perlantikan Setiausaha Sementara sebagai Pencatat Minit Mesyuarat.
Agenda 3 Meluluskan dan mengesahkan minit mesyuarat MAP PSSCM kali ke-44.
Agenda 4 Menerima Laporan Aktiviti PSSCM bagi Tahun 2016.
Agenda 5 Menerima Laporan Penyata Kewangan PSSCM bagi Tahun 2016.Agenda 6 Bersetuju menerima, menerima pakai dan meluluskan serta mengesahkan
(ratify) segala tindakan-tindakan Jawatankuasa Pusat dan Jawatankuasa
Cawangan hasil dari keputusan mesyuarat jawatankuasa masing-masing
yang diadakan sebelum dari MAP PSSCM kali ke-45.
Agenda 7 Membincangkan usul-usul daripada Jawatankuasa Pusat (JKP) dan
cawangan-cawangan PSSCM sekiranya ada.
Agenda 8 Pemilihan Pengerusi Tetap MAP PSSCM ke-46.
Agenda 9 Ucapan Penangguhan.


Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan :
Setiausaha Agung
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
708-3, Tingkat 4, Bangunan Silat Cekak Malaysia
Lot 138, Seksyen 79, Jalan Sentul, 51000 KUALA LUMPUR
Tel: 03-22027671 (P) / 03-26912327 (Fax)
Hp: 013-3412413


Sekian harap maklum.


Yang menjalankan tugas,
B/p PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA


MOHD HAFIZ JAMIL
Setiausaha Agung

 

<< Notis Penuh MAP-45 Di Sini >>

Category: Notis Terkini

Permohonan Kursus Sijil Menengah Akademik sesi 2017/2018

Assalammulaikum,


Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran untuk mengikuti Kursus Sijil Menengah Akademik sesi 2017/2018 sedang dibuka sehingga 30/6/2017. Terbuka kepada semua Tenaga Pengajar. Sijil Menengah Akademik ini adalah pra syarat untuk menduduki Sijl Menengah (Anugerah) Guru Utama. Kursus akan dikendalikan oleh Jurulatih yang telah dikursuskan oleh LPT. Kursus adalah selama 15 bulan (maksima) dalam bentuk teori dan praktikal.
 
Syarat-syarat kelayakan:


1.       Tenaga Pengajar:
           a. Telah menduduki dan Lulus Ujian Sijil Rendah
           b. Berkhidmat sebagai Tenaga Pengajar secara aktif selama 1 tahun.
           c. Pengesahan dari Penyelia Kelas
           d. Tertakluk oleh keputusan LPT

Pecahan Yuran adalah seperti di bawah:


a.       Pendaftaran – RM 200.00
b.      Yuran Bulanan – RM 60.00 X 15 bulan = RM 900.00

Kursus akan diadakan di Kelas Latihan Shah Alam, Seksyen 8, Shah Alam.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Mohd Fadillah di email mfadillah @silatcekak.org

Sekian, terima kasih.


p/s : T.Pengajar sila mohon melalui Penyelia masing2.