Makluman

Category: Makluman

Penyertaan Program Pahlawan Melaka - Seni dan Inspirasi

Perutusan Setiausaha Agong

Semua Penyelia Kelas, Kelas Latihan Seni Silat Cekak Malaysia di seluruh Malaysia khususnya kelas latihan Ibu Pejabat dan IPT Lembah Kelang adalah diminta untuk memberi kerjasama kepada PSSCM Cawangan Melaka dengan menghantar sekurang-kurangnya empat orang peserta ke program Pahlawan Melaka - Seni dan Inspirasi pada 1-2 Ogos 2009. Keterangan lanjut sila berhubung dengan PSSCM Cawangan Melaka di talian 013-6217233 (Sdr. Sharim Zakaria) atau layari http://melaka.silatcekak.org.my/pmsi/ untuk pendaftaran.

Harap maklum.

Roslin Alil Omar
28 Julai 2009

Category: Makluman

Aktiviti PSSCM Cawangan Johor

MAJLIS IFTAR PUASA RAMADHAN & SOLAT TARAWIH 1430H PSSCMCJDT.


Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim (PSSCMCJDT) akan mengadakan satu majlis berbuka puasa (Iftar) serta Solat Tarawih secara berjamaah. Berikut merupakan maklumat berkenaan majlis yang akan diadakan tersebut:

Tarikh: 3 September 2009 (13 Ramadhan 1430H), Khamis
Masa: 7-11 malam
Tempat: Ibu Pejabat PSSCMCJDT, Taman Kemas, Tampoi, Johor Bahru.

Tiada bayaran dikenakan (Jamuan "Pot Luck"). Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 07-2324602 atau 012-7519034

Semua ahli dijemput hadir.