Video

Category: Video

Warisan Mutlak - Lagu Rasmi PSSCM

 

Dengan jiwa yang mulia kita bersatu
Pusaka Melayu dipelihara
Silat Cekak warisan mutlak
Seni kebudayaan kita

Berusaha sentiasa kita bersedia
Diri sendiri perlu dijaga
Silat Cekak warisan mutlak
Mari bersama kita jayakannya

Korus:
Dengan guru yang ada hakikat
Serta amalan syariat
Tambah dengan ilmu makrifat
Munafaatnya sungguh hebat

Penuh azam mencapai matlamat kita
Mempertahankan kedaulatannya
Silat Cekak warisan mutlak
Demi agama, bangsa dan negara


Lagu dan Lirik oleh Johari Salleh (1990)

Category: Video

Istiadat Pengurniaan Sembah Junjungan Kasih Parang Lading PSSCM (2/2)


Video 2 dari 2

20 September 2014 - Istiadat Pengurniaan Sembah Junjungan Kasih Parang Lading Senjata Rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (Anugerah Tertinggi PSSCM) diadakan di Dewan Kuliah, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, Arau, Perlis. Pada istiadat itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Tuanku Canselor dan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin menerima Anugerah Tertinggi PSSCM yang disampaikan oleh Guru Utama dan Presiden PSSCM, Yang Mulia Datuk Haji Maideen Kadir Shah.

 

Video 1/2 di sini http://youtu.be/h0-Itw9ENKU

Category: Video

Istiadat Pengurniaan Sembah Junjungan Kasih Parang Lading PSSCM (1/2)


Video 1 dari 2

20 September 2014 - Istiadat Pengurniaan Sembah Junjungan Kasih Parang Lading Senjata Rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (Anugerah Tertinggi PSSCM) diadakan di Dewan Kuliah, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, Arau, Perlis. Pada istiadat itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Tuanku Canselor dan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin menerima Anugerah Tertinggi PSSCM yang disampaikan oleh Guru Utama dan Presiden PSSCM, Yang Mulia Datuk Haji Maideen Kadir Shah.

 

Video 2/2 di sini http://youtu.be/Nq6p00q0ork