Cawangan

Category: Cawangan

Tarik Lebih Ramai Sertai Silat

6 Februari 2010 - Sinar Harian Edisi Kelantan.

"Kita kini giat menarik penyertaan ahli baru terutamanya di kalangan belia untuk meneruskan tradisi silat ini. di samping membantu mereka mempertahankan diri dalam situasi kecemasan".

Klik pada image untuk besarkan.

Category: Cawangan

PSSCM UMT raih Anugerah Bitara

Kuala Terengganu, 15 Nov 2009 – Persatuan Silat Seni Cekak Malaysia (PSSCM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah cemerlang apabila dinobatkan penerima Anugerah Bitara sempena Majlis Makan Malam dan Anugerah Kepimpinan Pelajar UMT di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI).

PSSCM UMT turut menerima Anugerah Kelab Terbaik (Sukan dan Badan Beruniform), Anugerah Program Terbaik (Sosial), Bintang Harapan Perempuan (Nor Hazila Abdul Kadir) dan Anugerah Khas Juri sehingga melayakkan persatuan berkenaan membawa pulang Piala Bitara yang juga anugerah paling berprestij pada majlis berkenaan.

Keratan akhbar Sinar Harian Edisi Terengganu 20 November 2009 m.s. T5

Sinar Harian Edisi Online di http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story6012718.asp

Category: Cawangan

Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS)

Kota Bharu, 18 Nov 2009  - Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) Peringkat Negeri Kelantan 2009 telah diadakan pada 18 November 2009 bertempat di Hotel New Pasific, Kota Bharu, Kelantan. Bagi Kategori Persatuan ianya telah dianugerahkan kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kelantan (PSSCMCK). Jemputan demonstrasi oleh PSSCMCK yang disertai seramai 11 orang ahli  telah diadakan semasa program ini dijalankan.

" Enam kategori telah dipertandingkan iaitu kategori Anugerah Pertubuhan Sukan, Keluarga Aktif, Pemimpin Lelaki, Pemimpin Wanita, Penggerak Kesukarelawan dan Pemimpin Orang Kurang Upaya (OKU).'"

"... Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan Pertubuhan Gayung Fatani Malaysia telah menerima anugerah tersebut bersama dengan wang tunai bernilai RM1000, sijil penghargaan dan piala iringan."

Keratan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 20 November 2009

Sinar Harian Edisi online di http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story6023655.asp

 

Category: Cawangan

Dari Cawangan

Maklumat dan berita-berita cawangan akan dipaparkan di sini. Pihak cawangan dan pusat-pusat latihan serta IPT Cekak adalah diminta untuk mengirimkan berita kepada Webmaster untuk dipaparkan di sini.