Program Berkonvoi ‘Open House’ Hari Raya - PSSCM Selangor

11 September 2011 - PSSCM Cawangan Selangor telah menganjurkan program berkonvoi ‘open house’ Hari Raya, bergerak dari rumah ke rumah. Ini adalah merupakan program kali yang kedua di mana pada tahun ini seramai 157 orang termasuk anak-anak dan isteri telah menyertainya.

Tujuan diadakan program sebegini bagi menyelaraskan serta memudahkan ahli-ahli berkunjung ke rumah terbuka dengan tersusun. Memandangkan pada ketika ini setiap hari Sabtu dan Ahad dipenuhi dengan aktiviti PSSCM, maka peruntukkan masa untuk mengadakan rumah terbuka agak terhad.

Sebanyak 8 buah rumah telah sudi untuk menerima kunjungan rombongan tersebut iaitu rumah Sdr. Suhaimi bin Mohd Yunan Ketua Pusat Latihan Bukit Beruntung/ AJK PSSCM Cawangan Selangor, Sdr. Rosman bin Mat Deli Ketua Penerangan PSSCM/ Penyelia Pusat Latihan Bukit Beruntung, rumah ibunda Sdr. Azizul Azim bin Abd Mutalib Ketua Penerangan PSSCM Cawangan Selangor, Sdr. Halim bin Pairan Tenaga Pengajar Kelas Latihan Rawang, Sdr. Azrin bin Nasir Penolong Bendahari PSSCM Cawangan Selangor, Sdr. Roslin bin Ali Omar Naib Presiden PSSCM, Sdr. Abdul Aziz bin Hj. Idrus AJK PSSCM Cawangan Selangor dan Sdr Zainol bin Saifuddin YDP PSSCM Cawangan Selangor.  

Program tersebut bermula dari rumah Sdr. Suhaimi bin Mohd Yunan jam 9.00 pagi iaitu dari Bukit Beruntung terus ke Ulu Yam, Rawang, Greenwood, Kuala Lumpur dan berakhir di Kuang jam 9.30 malam di rumah Sdr Zainol bin Saifuddin YDP PSSCM Cawangan Selangor. Turut menyertai rombongan konvoi ini termasuk ahli-ahli daripada UNISEL dan Politeknik Sultan Azlan Shah.
Di setiap buah rumah diadakan bacaan doa selamat, selawat Badriah serta disulamkan dengan marhaban dan berzanji bagi memuliakan Nabi Muhammad S.A.W sepertimana telah disarankan oleh YM Guru Utama dan Presiden PSSCM Datuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah.

Antara kenangan yang mencuit hati, ke semua 8 buah rumah telah menghidangkan makanan yang enak dan apabila rombongan sampai ke rumah mereka, ke semua makanan tersebut habis di jamu seolah-olah pulang pulih sedia kala. Terdapat isteri tuan rumah, merasa terkejut kerana tidak menjangka bilangan konvoi tersebut begitu ramai sehingga ada yang panik tidak sempat untuk melayani karenah para tetamu. Mungkin mereka merasakan pada kebiasaannya jika menganjurkan ‘open house’ bilangan tetamu tidak begitu ramai.

Walaupun program tersebut berakhir jam 9.30 malam namun peserta konvoi tetap bersama dan bersatu menjayakannya. Insyaallah pada masa akan datang program sebegini akan diperluaskan dan diperkemaskan lagi.

 

Sumber: Jabatan Penerangan Psscm