Majlis Berbuka Puasa PSSCM Selangor KL rawang & Ulu Yam

16 Ogos 2011,  Rawang - Majlis tersebut bermula jam 6.30 petang dan dirasmikan oleh En. Rosman bin Mat Deli, Ketua Penerangan PSSCM. Turut hadir Sdr Suhaimi bin Mohd Yunan, Ketua Pusat Latihan Bukit Beruntung dan Penyelia Kelas Latihan Rawang, En. Azrin bin Nasir serta seramai 68 orang termasuk Tenaga Pengajar, dan ahli-ahli dari Kelas Latihan Rawang, Kelas Latihan Ulu Yam dan Pusat Latihan Bukit Beruntung.


Gallery Foto di sini ...

Selepas berbuka puasa dan Solat Maghrib, sesi ucapan Perasmian oleh En. Rosman bin Mat Deli dan ucapan dari Ketua Pusat Latihan Bukit Beruntung, Sdr Suhaimi bin Mohd Yunan. Antara saranan mereka iaitu mengingatkan kepada ahli-ahli agar bersama dan bersatu di bawah kepimpinan YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah. Perancangan, strategi dan takwim aktiviti program Pusat, PSSCM Cawangan Selangor dan Pusat Latihan Bukit Beruntung turut diperjelaskan kepada semua ahli-ahli agar sentiasa bersedia bersama dalam merealisasikan agenda PSSCM. Majlis tersebut telah berakhir jam 9.30 malam.

23hb Ogos 2011, Selasa, di Dewan Perkumpulan Wanita, PSSCM Kelas Latihan Ulu Yam

Seramai 78 orang ahli dari PSSCM KL Rawang, KL Ulu Yam dan PL Bukit Beruntung termasuk Ketua Penerangan PSSCM, En. Rosman bin Mat Deli, Penyelia Kelas KL Rawang, En. Azrin bin Nasir dan Penyelia Kelas KL Ulu Yam, En. Azizul Azim bin Abdul Mutalib. Program tersebut dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan Solat Maghrib di surau yang berhampiran.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Rosman bin Mat Deli. Antara ucapan beliau menekankan betapa pentingnya sebuah organisasi yang bersatu dan mempunyai kekuatan rohani dan jasmani bagi membangunkan sumber tenaga manusia khasnya ahli-ahli PSSCM. Adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap warga Silat Cekak supaya taat dan setia kepada kepimpinan PSSCM dalam meneruskan perjuangan yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli PSSCM yang turut membantu menjayakan Program Demonstrasi Perdana 2011 pada 16hb Julai 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, Batang Kali.

Majlis bersurai jam 9.30 malam.