Majlis Berbuka Puasa PSSCM Selangor Mendapat Sambutan Hebat

14 Ogos 2011, Hulu Selangor - PSSCM Cawangan Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai, solat maghrib berjemaah dan membayar zakat fitrah. Seramai lebih daripada 170 orang ahli telah menjayakan majlis tersebut termasuk ahli-ahli PSSCM Selangor dari Kelas Latihan Sg. Besi, Kelas Latihan Ibu Pejabat Jln Kent, Kelas Latihan Rawang, Kelas Latihan UNISEL, Kelas Latihan Ulu Yam dan Kelas Latihan PSAS.


Galleri Foti Di Sini ...

Majlis Berbuka Puasa ini telah dirasmikan oleh YDP PSSCM Cawangan Selangor, YBhg. En. Zainol bin Saifuddin. Turut hadir dan memberikan ucapan adalah Ketua Pusat Latihan Bukit Beruntung, En. Suhaimi bin Mohd Yunan dan Penyelia Pusat Latihan Bukit Beruntung, En. Rosman bin Mat Deli. Antara tujuan lain program ini diadakan adalah bagi melancarkan program mentor dan mentee di kalangan tenaga pengajar dan ahli yang masih belajar. Selain itu, tabung kebajikan bagi ahli-ahli PLBB juga akan dilancarkan agar tabung ini dapat membantu ahli-ahli yang dalam kesusahan. 

Majlis diteruskan dengan bacaan doa makan dan berbuka puasa dan diselangi dengan jamuan ringan. Solat Maghrib berjemaah yang dijalankan mengikatkan lagi hubungan sesama ahli dan program kemuncak pada hari itu iaitu Program Membayar Zakat diteruskan. Setiap ahli yang memberi nama dan jumlah tanggungan mereka, dibahagikan kepada 3 kumpulan agar setiap penerima zakat mendapat agihan yang sama rata. Program dimulakan dengan taklimat oleh En. Rosman Bin Mat Deli akan cara dan adab dalam menjalankan ibadat membayar zakat fitrah. Ahli yang telah dibahagikan kepada 3 kumpulan bergilir-gilir dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Majlis membayar zakat yang telah selesai disambung dengan ucapan oleh Setiausaha PSSCM Cawangan Selangor, YBhg En. Farouk Bin Harun. Sebagai ucapan penutup, YBhg. En. Rosman Bin Mat deli, menyampaikan sedikit taklimat dan juga takwim bagi program yang bakal diadakan samada diperingkat pusat mahupun cawangan sebagai makluman kepada ahli yang hadir pada malam itu. Majlis berakhir pada jam 11.30 malam dan diakhiri dengan selawat dan bersalaman beramai-ramai.