Cawangan

Category: Cawangan

Sirih Pulang Ke Gagang 2.0 - Hebat & Berjaya

14 September 2013, Melaka - Program Sirih Pulang Ke Gagang 2.0 anjuran PSSCM Cawangan Melaka telah berlangsung bertempat di Perkampungan Hang Tuah, Sg Duyong, Melaka. Program hebat ini bermula jam 9.00 malam diadakan penuh dengan adab dan tradisi kepahlawanan zaman silam seolah-olah mengimbau semula suasana sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Seramai hampir 200 orang peserta termasuk dari PSSCM Cawangan Melaka, Ibu Pejabat PSSCM, PSSCM Cawangan Pulau Pinang, PSSCM Cawangan Negeri Sembilan.

YM Guru Utama dan Presiden PSSCM Datuk Hj Maideen telah diarak dengan menaiki sebuah tandu yang di julang oleh Pendekar PSSCM Melaka sehingga ke perkarangan Istana. Beliau diiring pula oleh Pembesar PSSCM, Sdr Roslin Ali Omar, Sdr Rosman Mat Deli, Sdr Mohd Zafri Mohd Miar, Sdr Abdul Rahman Ishak( Pak Su),YDP PSSCM Cawangan Melaka Sdr Sham Ghani dan YDP PSSCM Negeri Sembilan Hj Baharuddin Rahim.

Marhaban,Barzanzi dan Membaca Al Quran diadakan sebagai mukadimah program tersebut. Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam dan persembahan Demonstrasi Silat Cekak termasuk dipersembahkan oleh Sdr Sham Ghani.

Ucapan Perasmian dibuat oleh YM Datuk Hj Maideen dan selepas ucapan beliau para hadirin yang hadir turut meraikan hari Ulang Tahun kelahiran YM Datuk dan Hari Ulang Tahun Perkahwinannya yang akan disambut pada 16 September 2013 iaitu Sambutan Hari Malaysia.

Tahniah kepada PSSCM Cawangan Melaka dan JK nya di atas penganjuran program tersebut.

Galleri Foto di sini 

 

Sumber berita & foto : Jabatan Penerangan PSSCM

Category: Cawangan

Ketua Menteri Rasmi Program Perkhemahan Bersama Bersatu Zon Selatan

17 Februari 2013, MelakaProgram Perkhemahan Bersama dan Bersatu Zon Selatan 2013 adalah merupakan satu program usaha PSSCM Cawangan Negeri Melaka (PSSCM CM) bagi mengeratkan hubungan dan perpaduan dikalangan ahli -ahli terutamanya ahli-ahli di  cawangan selatan iaitu negeri Melaka, negeri Johor dan Negeri Sembilan. Bersesuaian dengan cogan kata Bersama dan bersatu yang di bawa oleh YM Guru Utama, program ini melibatkan kerjasama Sahabat Belia Kerajaan Negeri Melaka dan JAPERUN Pantai Kundur serta beberapa agensi kerajaan yang lain seperti askar wataniah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan juga media tempatan.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari pada 16 dan 17 Februari 2013 di Pantai Puteri, Melaka dan penyertaan dalam program ini mencapai angka 400 orang peserta di mana penyertaannya terdiri daripada ahli-ahli PSSCM yang aktif di Cawangan Negeri Melaka, Negeri Johor dan Negeri Sembilan. Selain itu, Turut menyertai program ini adalah ahli-ahli yang pernah aktif di ketiga-tiga negeri ini dan kini telah pulang ke tempat masing2. Dalam program ini, antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini ialah Bola sepak pantai, bola tampar pantai, memanah, memancing, senamrobik dan tayangan multimedia. 


Dalam Majlis Penutup, Tetamu kehormat yang dijemput ialah YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Presiden PESAKA Malaysia merangkap Ketua Menteri Melaka, dan turut hadir, YB Datuk Yaakub bin Md Amin, YDP PESAKA Melaka merangkap ADUN Sungai Udang, YB DAtuk HJ Abdul Rahman bin Hj Abdul KArim, ADUN Pantai Kundur dan YB Datuk Ir. Idris bin Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu, Rosman bin Mat Deli, Naib Prseiden PESAKA MAlaysia merangkap Ketua Penerangan PSSCM serta beberapa Guru dan wakil Pertubuhan Silat tempatan serta wakil jabatan kerajaan.


Semasa Ucapan Perasmian YAB Datuk Seri Mohd Ali telah memberikan sokongan padu terhadap PSSCM dan memberi kepercayaan terhadap Silat Cekak untuk terus maju untuk mempertahankan Seni Silat, Budaya Bangsa agar tidak hilang ditelan zaman. Selepas ucapan perasmian, satu kejutan di mana gimik perasmian oleh sekumpulan "mat rempit" membuat 'kacau' dalam majlis tersebut tetapi berjaya diselesaikan oleh urusetia program dan juga persembahan demonstrasi dari PSSCM CM telah dipersembahkan di hadapan tetamu kehormat dan para peserta.

Selesai program, ADUN Pantai Kundur telah memberikan respon yang positif kepada pengerusi program iaitu Saudara Mohd Aizuddin bin Abd Rahim, di mana beliau amat berpuas hati terhadap program yang dianjurkan oleh PSSCM CM dan telah menyarankan agar program seperti ini diadakan pada setiap tahun dan beliau berharap sasaran peserta adalah seramai 1000 orang.

Galleri Foto di sini ...

Oleh,
Nazmi Bin Haji Ninggal

Category: Cawangan

Program Berkonvoi ‘Open House’ Hari Raya - PSSCM Selangor

11 September 2011 - PSSCM Cawangan Selangor telah menganjurkan program berkonvoi ‘open house’ Hari Raya, bergerak dari rumah ke rumah. Ini adalah merupakan program kali yang kedua di mana pada tahun ini seramai 157 orang termasuk anak-anak dan isteri telah menyertainya.

Tujuan diadakan program sebegini bagi menyelaraskan serta memudahkan ahli-ahli berkunjung ke rumah terbuka dengan tersusun. Memandangkan pada ketika ini setiap hari Sabtu dan Ahad dipenuhi dengan aktiviti PSSCM, maka peruntukkan masa untuk mengadakan rumah terbuka agak terhad.

Sebanyak 8 buah rumah telah sudi untuk menerima kunjungan rombongan tersebut iaitu rumah Sdr. Suhaimi bin Mohd Yunan Ketua Pusat Latihan Bukit Beruntung/ AJK PSSCM Cawangan Selangor, Sdr. Rosman bin Mat Deli Ketua Penerangan PSSCM/ Penyelia Pusat Latihan Bukit Beruntung, rumah ibunda Sdr. Azizul Azim bin Abd Mutalib Ketua Penerangan PSSCM Cawangan Selangor, Sdr. Halim bin Pairan Tenaga Pengajar Kelas Latihan Rawang, Sdr. Azrin bin Nasir Penolong Bendahari PSSCM Cawangan Selangor, Sdr. Roslin bin Ali Omar Naib Presiden PSSCM, Sdr. Abdul Aziz bin Hj. Idrus AJK PSSCM Cawangan Selangor dan Sdr Zainol bin Saifuddin YDP PSSCM Cawangan Selangor.  

Program tersebut bermula dari rumah Sdr. Suhaimi bin Mohd Yunan jam 9.00 pagi iaitu dari Bukit Beruntung terus ke Ulu Yam, Rawang, Greenwood, Kuala Lumpur dan berakhir di Kuang jam 9.30 malam di rumah Sdr Zainol bin Saifuddin YDP PSSCM Cawangan Selangor. Turut menyertai rombongan konvoi ini termasuk ahli-ahli daripada UNISEL dan Politeknik Sultan Azlan Shah.
Di setiap buah rumah diadakan bacaan doa selamat, selawat Badriah serta disulamkan dengan marhaban dan berzanji bagi memuliakan Nabi Muhammad S.A.W sepertimana telah disarankan oleh YM Guru Utama dan Presiden PSSCM Datuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah.

Antara kenangan yang mencuit hati, ke semua 8 buah rumah telah menghidangkan makanan yang enak dan apabila rombongan sampai ke rumah mereka, ke semua makanan tersebut habis di jamu seolah-olah pulang pulih sedia kala. Terdapat isteri tuan rumah, merasa terkejut kerana tidak menjangka bilangan konvoi tersebut begitu ramai sehingga ada yang panik tidak sempat untuk melayani karenah para tetamu. Mungkin mereka merasakan pada kebiasaannya jika menganjurkan ‘open house’ bilangan tetamu tidak begitu ramai.

Walaupun program tersebut berakhir jam 9.30 malam namun peserta konvoi tetap bersama dan bersatu menjayakannya. Insyaallah pada masa akan datang program sebegini akan diperluaskan dan diperkemaskan lagi.

 

Sumber: Jabatan Penerangan Psscm

Category: Cawangan

Majlis Berbuka Puasa PSSCM Selangor KL rawang & Ulu Yam

16 Ogos 2011,  Rawang - Majlis tersebut bermula jam 6.30 petang dan dirasmikan oleh En. Rosman bin Mat Deli, Ketua Penerangan PSSCM. Turut hadir Sdr Suhaimi bin Mohd Yunan, Ketua Pusat Latihan Bukit Beruntung dan Penyelia Kelas Latihan Rawang, En. Azrin bin Nasir serta seramai 68 orang termasuk Tenaga Pengajar, dan ahli-ahli dari Kelas Latihan Rawang, Kelas Latihan Ulu Yam dan Pusat Latihan Bukit Beruntung.


Gallery Foto di sini ...

Selepas berbuka puasa dan Solat Maghrib, sesi ucapan Perasmian oleh En. Rosman bin Mat Deli dan ucapan dari Ketua Pusat Latihan Bukit Beruntung, Sdr Suhaimi bin Mohd Yunan. Antara saranan mereka iaitu mengingatkan kepada ahli-ahli agar bersama dan bersatu di bawah kepimpinan YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah. Perancangan, strategi dan takwim aktiviti program Pusat, PSSCM Cawangan Selangor dan Pusat Latihan Bukit Beruntung turut diperjelaskan kepada semua ahli-ahli agar sentiasa bersedia bersama dalam merealisasikan agenda PSSCM. Majlis tersebut telah berakhir jam 9.30 malam.

23hb Ogos 2011, Selasa, di Dewan Perkumpulan Wanita, PSSCM Kelas Latihan Ulu Yam

Seramai 78 orang ahli dari PSSCM KL Rawang, KL Ulu Yam dan PL Bukit Beruntung termasuk Ketua Penerangan PSSCM, En. Rosman bin Mat Deli, Penyelia Kelas KL Rawang, En. Azrin bin Nasir dan Penyelia Kelas KL Ulu Yam, En. Azizul Azim bin Abdul Mutalib. Program tersebut dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan Solat Maghrib di surau yang berhampiran.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Rosman bin Mat Deli. Antara ucapan beliau menekankan betapa pentingnya sebuah organisasi yang bersatu dan mempunyai kekuatan rohani dan jasmani bagi membangunkan sumber tenaga manusia khasnya ahli-ahli PSSCM. Adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap warga Silat Cekak supaya taat dan setia kepada kepimpinan PSSCM dalam meneruskan perjuangan yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli PSSCM yang turut membantu menjayakan Program Demonstrasi Perdana 2011 pada 16hb Julai 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, Batang Kali.

Majlis bersurai jam 9.30 malam.

Category: Cawangan

Majlis Berbuka Puasa PSSCM Selangor Mendapat Sambutan Hebat

14 Ogos 2011, Hulu Selangor - PSSCM Cawangan Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai, solat maghrib berjemaah dan membayar zakat fitrah. Seramai lebih daripada 170 orang ahli telah menjayakan majlis tersebut termasuk ahli-ahli PSSCM Selangor dari Kelas Latihan Sg. Besi, Kelas Latihan Ibu Pejabat Jln Kent, Kelas Latihan Rawang, Kelas Latihan UNISEL, Kelas Latihan Ulu Yam dan Kelas Latihan PSAS.


Galleri Foti Di Sini ...

Majlis Berbuka Puasa ini telah dirasmikan oleh YDP PSSCM Cawangan Selangor, YBhg. En. Zainol bin Saifuddin. Turut hadir dan memberikan ucapan adalah Ketua Pusat Latihan Bukit Beruntung, En. Suhaimi bin Mohd Yunan dan Penyelia Pusat Latihan Bukit Beruntung, En. Rosman bin Mat Deli. Antara tujuan lain program ini diadakan adalah bagi melancarkan program mentor dan mentee di kalangan tenaga pengajar dan ahli yang masih belajar. Selain itu, tabung kebajikan bagi ahli-ahli PLBB juga akan dilancarkan agar tabung ini dapat membantu ahli-ahli yang dalam kesusahan. 

Majlis diteruskan dengan bacaan doa makan dan berbuka puasa dan diselangi dengan jamuan ringan. Solat Maghrib berjemaah yang dijalankan mengikatkan lagi hubungan sesama ahli dan program kemuncak pada hari itu iaitu Program Membayar Zakat diteruskan. Setiap ahli yang memberi nama dan jumlah tanggungan mereka, dibahagikan kepada 3 kumpulan agar setiap penerima zakat mendapat agihan yang sama rata. Program dimulakan dengan taklimat oleh En. Rosman Bin Mat Deli akan cara dan adab dalam menjalankan ibadat membayar zakat fitrah. Ahli yang telah dibahagikan kepada 3 kumpulan bergilir-gilir dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Majlis membayar zakat yang telah selesai disambung dengan ucapan oleh Setiausaha PSSCM Cawangan Selangor, YBhg En. Farouk Bin Harun. Sebagai ucapan penutup, YBhg. En. Rosman Bin Mat deli, menyampaikan sedikit taklimat dan juga takwim bagi program yang bakal diadakan samada diperingkat pusat mahupun cawangan sebagai makluman kepada ahli yang hadir pada malam itu. Majlis berakhir pada jam 11.30 malam dan diakhiri dengan selawat dan bersalaman beramai-ramai.