Kuala Lumpur, 13 Jun 2009 - Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Jabatan Penerangan Dan Ketua Penerangan Negeri berlangsung di Bangunan Silat Cekak, Jalan Sentul di sini. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Penerangan, En. Rosman Bin Mat Deli dan turut dihadiri oleh Penolong Ketua Penerangan, Kdr.(B) Roslizan Bin Ahmad Mahidin, pengerusi-pengerusi biro Jabatan Penerangan dan Ketua-ketua Penerangan Negeri-negeri atau wakilnya.

Mesyuarat yang bermula jam 3.30 petang itu membincangkan dan menyelaraskan portfolio Jabatan Penerangan di peringkat pusat dan negeri serta membincangkan secara terperinci Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2009 yang akan berlangsung dari 25-28 Jun 2009 nanti. Mesyuarat berakhir jam 7.15 malam.

Mesyuarat JP

 

 

Kuala Lumpur – Bertempat di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Sallahuddin, Majlis Makan Malam dan Perjumpaan Ahli Ibu Pejabat PSSCM berjalan dengan lancar dengan kehadiran ahli dan tetamu lebih 700 orang.

Seawal jam 7.30 malam, ahli-ahli Ibu Pejabat dari Kelas Latihan Jalan Kent, Sg. Besi, AU4 dan SMK Hulu Kelang serta IPT serta beberapa orang wakil cawangan telah mula membanjiri dewan. Majlis bermula dengan ketibaan Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Kadir Shah serta diiringi oleh Jawatankuasa Pusat ke meja tetamu. Sdr. Razif Ramli selaku Pengerusi Program menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum para hadirin menjamu selera.

Selesai menjamu selera, Sdr. Setiausaha Agong, Roslin Bin Ali Omar menyampaikan ucapan dan diikuti ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Kadir Shah dan Mesyuarat Ahli Ibu Pejabat pula berjalan untuk memilih seramai 20 orang perwakilan ke Mesyuarat Agong Perwakilan nanti. Selesai mesyuarat, para hadirin dihiburkan dengan persembahan dari ahli-ahli.

Gambar-gambar boleh didapati di Informasi >> Galleri

25 April 2009, Kuala Lumpur - Seramai 20 orang ahli PSSCM di bawah pimpinan Ketua Penerangan, Sdr. Rosman Bin Mat Deli telah mengadakan satu persembahan Demonstrasi Seni Silat Cekak Malaysia di Muzium Negara.

Persembahan jemputan lebih dua puluh minit setiap satu pada jam 12.30 tengahari dan 2.30 petang itu adalah sempena aktiviti kemuncak Pameran Senjata Tradisional - Misteri & Kesaktian yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Negara dari 16 Disember 2009 yang lalu.

Para pengunjung khususnya pelancong asing amat terpegun dengan persembahan yang diadakan. Turut menyaksikan persembahan ialah Ketua Pengarah Muzium Negara. Sebelum itu Seni Silat Gayong Malaysia dan Pertubuhan Silamban turut mengadakan persembahan.

Gambar-gambar boleh didapati di Informasi >> Galleri


18 April 2009 (Sabtu) jam 1.30 petang. Sdr Norazlan bin Othman (Along) telah kembali ke rahmatullah di Hospital Kuala Kubu akibat sakit didalam perut. Arwah merupakan seorang Tenaga Pengajar di PSSCM Cawangan Selangor, Pusat Latihan Bukit Beruntung (PLBB) dan juga merupakan Pengerusi Biro Audio Visual PLBB. Sebagai seorang ahli persatuan yang aktif, arwah dipertanggungjawabkan sebagai AJK bahagian Produksi di Jabatan Penerangan dibawah Ketua Penerangan PSSCM, Sdr. Rosman bin Mat Deli.

Seluruh warga cekak khasnya di PLBB, berdukacita di atas kehilangan beliau. Bagi warga PLBB arwah merupakan seoorang yang komited dalam bepersatuan, berguru dan bersilat... Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin akan diadakan pada 26 April 2009 (Ahad) jam 9.00 malam bertempat di Taman Sri Kamin, Ulu Yam Bharu, Batang Kali. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sdr Rosman bin Mat Deli (019-269 1172)

 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PSSCM
19 Mac 2009 @ 8.00 MALAM - Majlis Sambutan Maulidur Rasul PSSCM telah diadakan bertempat di Surau Sekolah Setia Budi, Gombak dan dihadiri oleh hampir 200 orang ahli dan jawatankuasa pusat dari kelas-kelas latihan sekitar Lembah Kelang. Majlis yang bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan berzanji dan marhaban. Selepas solat Isyak, satu ceramah Mulidurrasul diadakan dan diakhiri dengan ucapan oleh Naib Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen Kadir Shah

AL-FATIHAH
9 Mac 2009 @ 2.20 petang - Ahli Silat Cekak, Sdr. Mubin bin Ahmad Kamal telah kembali ke rahmatullah. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Wad 25 HKL kerana "Renal Cell Carcinoma". Jenazahnya dibawa ke rumah keluarganya di No. 7, Jalan Kaloi 1D, Taman Desa Kaloi, 44300 Ulu Yam, Selangor untuk dikebumikan. Sama-samalah kita berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solih. Al-Fatihah...

AL-FATIHAH
9 Mac 2009 (pagi) - Takziah kepada Sdr. Saiful Hazman Mohd Khalid (Jurulatih di UIAM Gombak) di atas kembalinya ibu mertua beliau, Rohana Bt Man (ibu kepada Zalina Razali, juga merupakan ahli Silat Cekak) ke rahmatullah kerana sakit buah pinggang. Jenazah dikebumikan di Kota Tinggi. Al-Fatihah...

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1430H
9 Mac 2009 @ 9.00 pagi - Kontinjen PSSCM telah berjaya meraih johan kategori pertubuhan bukan kerajaan bagi Perarakan Sempena Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kebangsaan 1430H yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. PSSCM diwakili oleh seramai 72 peserta dari Kelas Latihan Jalan Kent, Bukit Beruntung dan Shah Alam. Tahniah diucapkan!
Rakaman Video Pengumuman Pemenang Maulidurrasul 1430H

AL-FATIHAH
Mat Dan @ Shahdan Syed Sahil, Tenaga Pengajar Kelas SMT Sepang, telah kembali kerahmatullah pada hari ini 21/1/2009 jam 11.20 pagi di Hospital Kuala Pilah kerana denggi berdarah. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Serting, Kuala Pilah selepas solat Asar. Sama-samalah kita doakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang solih. Al-Fatihah...

 

 

...