Assalamualaikum Dato' saya mengucapkan syabas dan tahniah diatas penganugerahan "Saintis Terkemuka" sempena Pertandingan Kretiviti dan Inovasi Eropah Ke-8 (Euroinvent 2016) di Iasi, Romania . Saya dan seluruh ahli PSSCM sangat berbangga atas pencapaian Dato' dalam bidang bahan termaju antara Malaysia dan Romania dan kami doakan Dato' akan terus diberikan kejayaan dan kecemerlangan yang berterusan.

- Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah (Guru Utama & Presiden PSSCM)

 

SAMBUTAN PERAYAAN 48 TAHUN SILAT CEKAK
Majlis Konvokesyen, Mesyuarat Agong Perwakilan Ke-41, Majlis Makan Malam Perdana & Sambutan Israk & Mikraj 1434H


Tarikh : 15 Jun 2013
Hari :     Sabtu
Masa :   8.00 pagi - 11.30 malam 


Download maklumat & borang  di sini :

Keputusan Ujian Sijil Rendah Silat Cekak Tahun 2012/2013
(Konvokesyen pada 15/06/2013) 

Tarikh cadangan konvo pada 28/12/2013

 

Kemaskini : 10 Jun 2013

- Tarikh cadangan konvo pada 28/12/2013

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya serta dengan berkat KekasihNya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan karamah dan hikmah kedua ibu bapa kita, maka dapatlah kami menyalurkan maklumat terkini kepada ahli-ahli PSSCM melalui laman web rasmi ini.

Seperti yang sedia maklum bahawa pada 31hb Oktober 2009, PSSCM telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa(MAP LB), di De Palma Hotel Ampang. Seramai 220 orang perwakilan telah hadir untuk melaksanakan agenda penting PSSCM iaitu menerima, mengesahkan dan mengisytiharkan Y.Bhg Datuk Haji Maiden bin Kadir Shah sebagai Guru Utama PSSCM dan seterusnya menerima, mengesahkan dan mengisytiharkan beliau sebagai Pemangku Presiden PSSCM.

PSSCM melakar sejarahnya tersendiri apabila kepimpinan Seni Silat Cekak Malaysia telah disambung oleh Y.Bhg Datuk Haji Maideen Kadir Shah sebagai Guru Utama dan Presiden PSSCM iaitu selepas YM Tuan Haji Ishak bin Itam mengamanahkan mandat perguruan kepada beliau pada 3 hb. Jun 2009. Sebagai sebuah organisasi yang berperlembagaan, maka PSSCM telah mengadakan MAP LB untuk menerima, mengesah dan mengisytiharkan penyerahan mandat daripada YM Tuan Haji Ishak bin Itam kepada Y.BHG Datuk Haji Maideen Kadir Shah.

Oleh itu, saya bagi pihak ahli-ahli PSSCM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas Rahmat dan Kurnia Allah SWT kepada persatuan ini yang telah di kurniakan pemimpin yang setia dan berjasa kepada PSSCM untuk menerajui kepimpinan perguruan PSSCM iaitu Y.Bhg Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau dan ahli-ahli PSSCM turut bersama-sama berdoa semoga beliau di berikan Taufik dan Hidayah dari Allah S.W.T dan dikurniakan kekuatan, keselamatan serta kesihatan yang diredhai untuk meneruskan perjuangan ini.

Semoga dengan bimbingan Y.BHG Datuk Guru Utama yang memimpin kami ahli-ahli PSSCM akan dapat bersama-sama berjuang dan membangunkan PSSCM untuk mencapai cita-cita Almarhom Ustaz Hanafi Hj Ahmad. Akhir kata, saya sekali lagi bagi pihak Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli-ahli perwakilan khususnya dari Cawangan negeri dan tidak dilupakan kepada ahli-ahli jawatankuasa penganjur yang telah berjaya melaksanakan MAP LB baru-baru ini. Semoga usaha kita sentiasa di rahmati dan diberkati.


Sekian, Wassalam.

Roslin bin Ali Omar
Setiausaha Agung
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
7 November 2009 @ 19 Zulkaedah 1430H