18 Januari 2011, Kuala Lumpur – PSSCM sekali lagi dijemput menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara Hello Malaysia. Rakaman rancangan ini telah diadakan di Wisma Bernama di sini. Hello Malaysia dengan tajuk “Seni Silat Warisan Bangsa” ini menampilkan tiga orang ahli panel iaitu Ketua Penerangan, En. Rosman Bin Mat Deli, Penolong Setiausaha Agong, En. Mohd Hafiz Bin Jamil dan Ahli Jawatankuasa Pusat, En. Faizal Bin Mohd Yusoff.

Rancangan ini yang akan disiarkan melalui saluran Astro 502 Bernama TV pada hari Sabtu, 29 Januari 2011 jam 7.00 pagi, 1.00 tengahari, 3.00 petang, 7.00 malam dan pada hari Ahad 30 Januari 2011 jam 1.00 pagi.