26 Mei 2012, Kuala Lumpur – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) melalui Ketua Penerangan, En. Rosman Bin Mat Deli hari ini memaklumkan bahawa Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) telah dimaklumkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi  dan Kebudayaan akan menganugerahkan Tokoh Seni Mempertahankan Diri Sepanjang Hayat 2012, kepada Pengasas Agung PSSCM Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad. Yang Mulia Guru Utama dan Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah  akan hadir menerima anugerah tersebut pada 29 Mei 2012, jam 8.00 malam di Podium Ruang Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Anugerah tersebut sebagai tanda pengiktirafan kerajaan terhadap perjuangan dan jasa Almarhum Ustaz Hanafi memimpin PSSCM.

Majlis tersebut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada artis, muzik dan persembahan seni silat dari berbagai pertubuhan dan dianggarkan seramai 3,000 orang akan terlibat, termasuk 200 orang  dari PSSCM. Majlis ini diadakan sempena Hari Seniman dan akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Bin Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi  dan Kebudayaan.


Keratan akhbar Mingguan Malaysia 27 Mei 2012

YM Guru Utama dan Presiden Datuk Hj Maideen Bin Kadir Shah, meminta Ahli Jawatan Kuasa Pusat, Ahli LPT dan YDP Cawangan Negeri (bagi mereka yang berkelapangan) turut hadir menyaksikan Majlis Penganugerahan tersebut. Manakala Penyelia Kelas, TP dan Ahli tamat (Pakaian Uniform Lengkap Silat Cekak dan Bercapal Putih) dari Lembah Klang diminta turut serta membuat persembahan demonstrasi. Masa persembahan yang diperuntukkan adalah selama 5 minit.  Ahli-ahli PSSCM digalakkan datang beramai-ramai bagi menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut (pakaian Baju Melayu blue black atau Baju Kemas). Diminta peserta demonstrasi berada di sana sebelum jam 8.00 malam.

Diharap semua Ahli-Ahli PSSCM, Bersama dan Bersatu menjayakannya. Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Sdr. Rosman Bin Mat Deli, KP PSSCM & Sdr. Safaran Bin Ahmad, Pengerusi Persilatan PSSCM.

Format Demonstrasi Pada 29 Mei 2012

1.BAHAGIAN A
1.1     Senaman kaedah A,B,C& D -4 kiraan
1.2    Senaman PLBC – statik
1.3    Buah Jatuh – Tanpa tukar serangan
1.3.1    Buah Paras Pecahan 1
1.3.2    Buah Ali Patah Sudah Pecahan Ke2
1.3.3    Buah Kilas Hadapan
1.3.4    Buah Hempuk Pecahan ke2

2.BAHAGIAN B
2.1    Umum Tangan Kosong – 4 kumpulan
2.2    Umum 4 serang 1

3.BAHAGIAN C
3.1    Kaedah A,B,C & D- 4 kiraan
3.2    Senaman PLBC – statik