29 Januari 2011, Serdang – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program Kursus Pentadbiran IPT PSSCM Kebangsaan bagi Kali Ke-4 pada 28 – 29 Januari 2011. Selain daripada bertujuan memberi pendedahan mengenai pengurusan organisasi, objektif program ini adalah untuk mewujudkan hubungan komunikasi / interaksi di antara PSSCM di peringkat IPT dan melahirkan pemimpin-pemimpin Silat Cekak Malaysia yang berkualiti dan bersemangat tinggi.

Program dua hari ini telah dirasmikan oleh wakil Timbalan Naib Canselor HEPA UPM, iaitu En. Jamsari Bin Tamsir, Ketua Pentadbiran HEPA UPM. Sebanyak 42 IPT telah menghantar wakil pada program ini. Jumlah peserta yang hadir seramai   222 orang. Ini merupakan penglibatan yang teramai setelah 4 siri program ini diadakan.

Antara pengisian yang telah dilaksanakan sepanjang 3 hari program ialah Ceramah Tiga Zaman Kepimpinan PSSCM yang telah disampaikan oleh En. Roslin B. Ali Omar, ceramah berkenaan Penerapan Kemahiran Insaniah Di Dalam PSSCM oleh Prof Madya Dr. Ar. Hj. Abdul Majid b. Ismail, Kursus Perlembagaan dan Prosedur Pengurusan Mesyuarat Agong Tahunan PSSCM oleh En. Mohd Zaini b. Marzuki dan En. Mohd Hafiz b. Jamil serta Kursus Pengurusan Perakaunan & Kewangan PSSCM oleh En. Suradi b. Abdul Rahman.

Selain dari aktiviti yang berbentuk ceramah dan kursus, program ini turut diisi dengan aktiviti yang lebih santai seperti Ice Breaking dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Peserta  turut diberi tugasan dan perlu dibentangkan. Perbentangan tersebut dihakimi oleh En. Khaharuddin b. Abdul Rahman, En. Faizal b. Mohd Yusof dan En. Shahrem b. Md Ramli.

Pada 29 Januari 2011, YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Datuk Hj. Maideen bin Kadir Shah telah hadir bagi memenuhi aktiviti Malam Bersama Guru Utama turut diiringi oleh barisan Ahli Jawatankuasa PSSCM Pusat. Sambutan daripada ahli-ahli kelas latihan awam juga menggalakkan. Ini merupakan satu pencapaian kepada Jawatankuasa pelaksana program kerana matlamat majlis bagi menghimpunkan dan mempertemukan pemimpin-pemimpin PSSCM di peringkat IPT dengan Yang Mulia Guru Utama tercapai.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof Madya Dr. Ar. Hj. Abdul Majid bin Ismail, Pengerusi Jabatan Penyelidikan PSSCM merangkap Yang Dipertua PSSCM Pulau Pinang dan Penasihat PSSCM USM P. Pinang.

Disediakan Oleh,
NORAFIDAH BT NORDIN