Bagaimanakah Laman Web Ini?
 
PDF Cetak E-mail

OBJEKTIF

Perlaksanaan program ini dirangka bagi mencapai beberapa objektif yang telah digariskan dalam memenuhi impian dan matlamat program ini.

Objektif-objektif yang dimaksudkan adalah:-

 

Memperkenalkan dan sekaligus mempromosikan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kepada masyarakat Malaysia.

 

Memupuk perpaduan dan kerjasama antara masyarakat silat khususnya dan masyarakat umum amnya di samping dapat menghayati dan mengenali latar belakang warisan dan budaya.

 

Mendukung matlamat kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang berwawasan, berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju di dalam pelbagai bidang.

 

Mengangkat martabat Seni Silat Melayu dalam usaha untuk mengembangkan jati diri budaya bangsa Melayu.

 

Menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan masyarakat Modal Insan yang berteraskan budaya bangsa Melayu.

 

Mewujudkan suatu kerjasama yang sihat di antara organisasi-organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.