Bagaimanakah Laman Web Ini?
 
PDF Cetak E-mail

LOGO SAMBUTAN 44 TAHUN

 

Vektor berwarna biru yang menyerupai bulan sabit ketika berlaku gerhana mengambil rupa lambang yang biasa digunakan di panji-panji Islam melambangkan perjuangan Silat Cekak Malaysia yang bergerak sering dengan tuntutan Islam dalam memartabatkan  Agama dan Bangsa Melayu. Warna biru diambil dari warna rasmi Silat Cekak.

 

Gabungan bulan dan logo Silat Cekak yang terdapat diakhir bucu bulan menghasilkan logo bulan dan bintang yang terdapat pada panji-panji tentera Islam. Ia menunjukkan Silat Cekak mempunyai satu matalamat utama iaitu mendaulatkan ketuanan Islam sebagai agama yang hak.

 

No 44 berwarna merah melambangkan ahli-ahli Silat Cekak yang sentiasa berani memperjuangkan Kedaulatan Bangsa Melayu

Warna kuning keemasan melambangkan pepaduan dan Kedaulatan Raja-raja Melayu.