promo

Pengumuman

Kewujudan Laman Komuniti

Pada masa ini PSSCM tidak menyediakan sebarang laman komuniti seperti Facebook, Friendster, laman-laman blog dan sebagainya. Kewujudan laman-laman ini tiada sebarang kaitan dengan PSSCM. Sila rujuk Silatcekak.org untuk sebarang makluman rasmi. Harap Maklum.




Kelas Demonstrasi PSSCM Pusat

Setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Tempat : Kelas Latihan Jalan Kent, KL. Keterangan lanjut sila berhubung dengan Sdr. Roslim Abdullah.




Notis MAC Selangor

Mesyuarat Agong Cawangan Selangor. Tarikh : 7/3/2010 (Ahad) Jam 2.30 petang. Tempat : Pusat Latihan Kuang, Selangor

Download Notis di sini




Takziah & Al-Fatihah

Takziah kepada Sdr. Jaafar Jonit di atas kembalinya mertua beliau Saodah Abd Rahman ke rahmatullah pada Sabtu 27/2/2010 jam 9.45mlm di Kg Parit Samion, Kota Dalam, Mukim Lapan, 86100 Air Hitam kerana stroke. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ayer Hitam 28/2/2010 jam 9.00 pagi. Al-Fatihah ...




Kalendar Cekak

<<  March 2010  >>
 Mon  Tue  Wed  Thu  Fri  Sat  Sun 
  1  2  3  4  5
  8  9101114
15161718
2223242528
293031    

Aktiviti Semasa

Majlis Sambutan Maulidurrasul PSSCM

Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 7.00 - 11.30 malam
Tempat : Rumah Persatuan, Jalan Kent, KL
Anjuran : Jabatan Bina Insan PSSCM
Penyertaan :  Semua ahli dijemput hadir
Pakaian : Baju Melayu / Kurung

Pertanyaan:
Tn. Hj. Mohd Fizol Saad

Maklum Balas

Bagaimanakah Laman Web Ini?
 
Cetak
Pengertian Cekak
Petikan daripada artikel yang bertajuk 'Cekak'
Suara Cekak, KDN 9130, Bilangan 1, Tahun 1975

 

Mengapakah Silat Cekak ini dipanggil Silat Cekak? Mengapakah tidak diberi nama-nama yang lain?

Adakah nama Cekak diletakkan dengan tidak mempunyai apa-apa maksud?


Perkataan Lama. Perkataan Cekak adalah satu perkataan yang tua yang telah lahir sejak zaman masyarakat Melayu. Perkataan 'Cekak' digunakan setiap hari, ini menunjukkan perhubungan yang rapat antara masyarakat kita dengan perkataan 'Cekak' itu tetapi mereka masih jauh dari pengertian Cekak apabila perkataan itu digunakan sebagai nama sejenis seni silat iaitu Seni Silat Cekak.

Oleh kerana perkataan Cekak mempunyai pertalian yang erat dengan tata bahasa Melayu, untuk mengetahui mengapakah Silat Cekak itu dinamakan 'Silat Cekak', kita mestilah mengkaji dari segi istilah dan penggunaan perkataan 'Cekak' itu sendiri.

Makan Cekak. Di Utara terutama di Kedah, perkataan Cekak itu telah dijadikan satu simpulan bahasa - 'makan cekak'. Simpulan bahasa tersebut membawa makna bertanggungjawab. Misalnya ada suatu pekerjaan yang hendak dibuat, maka ada orang yang mengatakan:

"Ah, itu aku seorang saja pun 'makan cekak'."

Bila dibawa kembali kepada 'Silat Cekak' maka makna 'Silat Cekak' ialah silat yang bertanggungjawab menjaga diri pengamal-pengamalnya dari dianiayai oleh musuh-musuhnya.

Bercakak. Di dalam bahasa Minang, perkataan Cekak ada juga, tetapi tidak disebut sebagai 'Ce-kak' tetapi disebut dengan bunyi 'Cakak'. Bercakak dalam bahasa Minang membawa maksud bergaduh. Contohnya:

"Si Ali dan si Ahmad sedang bercakak di simpang tiga".

Ini membawa pengertian bahawa si Ali dan si Ahmad sedang bergaduh. Jadi kembali kita kepada makna Silat Cekak - ia membawa erti 'Silat Gaduh'. Ini bukan bermakna Silat Cekak ini suka bergaduh tetap ialah Silat yang boleh dibawa bergaduh untuk mempertahankan diri. Jelas sekali Silat Cekak sebenarnya Silat yang benar-benar untuk mempertahankan diri bukan untuk pertunjukkan di majlis-majlis kenduri ataupun di pesta-pesta. Sebab itulah Silat Cekak tidak ada tari menari, gong gendang dan langkah melangkah. Ia hanya mara kehadapan apabila bertempur dengan musuh.

Secekak. Pergi pula kita kepada perkataan secekak. Secekak membawa erti segenggam. Segenggam ini pula membawa kepada banyak maksud. Pertamanya, Silat Cekak mempelajari yang segenggam bukan yang segantang. Di sini dimaksudkan bahawa mata pelajaran Silat Cekak merupakan mata pelajaran intisari silat sahaja (segenggam) bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang). Oleh kerana Silat Cekak adalah mempelajari perdu gerak, maka ianya sangat cepat, teratur dan dapat diajar dalam waktu yang singkat sekali.

Kedua, segenggam menunjukkan padu. Jadi Silat Cekak adalah satu Silat yang benar-benar tegas dan berpendirian. Di mana kaedah-kaedahnya memberi keyakinan kepada pengamal-pengamalnya bahawa mereka telah mendapat rahsia dan sesuatu yang berguna di dalam bidang seni mempertahankan diri.

Kesimpulan. Dari hujjah-hujjah di atas dapatlah kita membuat satu tumpuan kesimpulan, mengapa Silat Cekak dinamakan Silat Cekak itu.

Silat Cekak adalah sesuai dinamakan kepada amalan Seni Silat ini kerana Seni Silat ini adalah satu-satunya jenis silat yang benar-benar asli hak pusaka Melayu yang mempunyai pegangan untuk bertanggungjawab di dalam menjaga diri pengamal-pengamalnya.

Untuk penjelasan, penerangan di atas cuma menitik beratkan Silat Cekak dengan pengunaan perkataan 'Cekak'. Sebenarnya dari segi mata pelajaran dan kaedah yang diajar memanglah sesuai dan tepat mengapa Silat Cekak dinamakan Silat Cekak. Hal ini sudah tentu diketahui oleh penuntut-penuntut silat yang telah tamat pelajarannya.

 

Carian


Iklan

Budaya Cekak 2
Suara Cekak


CD dan VCD


Online

Get Moolets
LoadingLoading...

Penafian

PSSCM tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini. Sila klik disini

Untuk paparan terbaik, sila gunakan browser IE 8+ atau Mozilla Firefox 3+.

Mutiara Hikmah

" Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong"

"Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita"

"Bila anda tidak punya tujuan utama dalam hidup ini, maka anda pasti akan hanyut menuju kegagalan"

"Agama bukan sekadar fikiran ataupun perasaan mahupun perbuatan, tetapi adalah pengukapan hidup sebagai keseluruhan"