Pengumuman
Kewujudan Laman KomunitiPada masa ini PSSCM tidak menyediakan sebarang laman komuniti seperti Facebook, Friendster, laman-laman blog dan sebagainya. Kewujudan laman-laman ini tiada sebarang kaitan dengan PSSCM. Sila rujuk Silatcekak.org untuk sebarang makluman rasmi. Harap Maklum.
Kelas Demonstrasi PSSCM PusatSetiap hari Jumaat jam 9.00 malam.
Tempat : Kelas Latihan Jalan Kent, KL.
Keterangan lanjut sila berhubung dengan Sdr. Roslim Abdullah.
Notis MAC SelangorMesyuarat Agong Cawangan Selangor. Tarikh : 7/3/2010 (Ahad) Jam 2.30 petang. Tempat : Pusat Latihan Kuang, Selangor Download Notis di sini
Takziah & Al-FatihahTakziah kepada Sdr. Jaafar Jonit di atas kembalinya mertua beliau Saodah Abd Rahman ke rahmatullah pada Sabtu 27/2/2010 jam 9.45mlm di Kg Parit Samion, Kota Dalam, Mukim Lapan, 86100 Air Hitam kerana stroke. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ayer Hitam 28/2/2010 jam 9.00 pagi. Al-Fatihah ...
Kalendar Cekak
<< March 2010 >>
| Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | | | | |
Aktiviti Semasa
Majlis Sambutan Maulidurrasul PSSCM
Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu) Masa : 7.00 - 11.30 malam Tempat : Rumah Persatuan, Jalan Kent, KL Anjuran : Jabatan Bina Insan PSSCM Penyertaan : Semua ahli dijemput hadir Pakaian : Baju Melayu / Kurung Pertanyaan: Tn. Hj. Mohd Fizol Saad
|
|
|
Keahlian Seni Silat Cekak Malaysia Seni Silat Cekak Malaysia adalah terbuka kepada semua penduduk Malaysia lelaki dan perempuan yang berumur 16 tahun (seelok-eloknya 18 tahun) ke atas yang beragama Islam dan sihat tubuh badan serta berfikiran waras.
Tempoh Pembelajaran Silat Cekak
Sistem pelajaran Seni Silat Cekak Malaysia secara keseluruhannya diajar kepada penuntut secara pakej. Setiap penuntut perlu menyempurnakan pakej tersebut dan barulah dianggap mereka telah mempelajari Seni Silat Cekak Malaysia hingga bertanggungjawab mempertahankan diri. Sistem mata pelajaran Seni Silat cekak Malaysia yang terbahagi kepada beberapa peringkat tersebut mengambil masa selama lebih kurang 7 bulan untuk tamat pembelajaran. Selepas tamat pembelajaran Seni Silat Cekak Malaysia maka penuntut adalah digalakkan untuk meneruskan kemahiran di dalam Silat Cekak dengan menyertai kelas kemahiran yang pada kebiasaannya akan mengambil masa selama lebih kurang 3 bulan dengan 1 kelas latihan seminggu (tertakluk kepada perubahan semasa).
Yuran Keahlian PSSCM
Setiap penuntut Seni Silat Cekak Malaysia adalah dikenakan bayaran yuran-yuran yang berikut di dalam mengikuti pembelajaran Seni Silat Cekak Malaysia. | Jenis Bayaran | Jumlah | | Yuran Pendaftaran | RM9.00 | | Yuran Tahunan | RM12.00 | | Pengkeras I (Ijazah I) | RM20.30 | | Pengkeras II (Ijazah II) | RM20.30 | | Pengkeras III (Ijazah III) | RM20.30 | | Yuran Kursus | RM25.00 (Setiap bulan selama 7 bulan) Bayaran ini boleh diubahsuai mengikut tempoh latihan yang dipersetujui |
Sila berhubung dengan cawangan atau kelas latihan PSSCM terdekat untuk keterangan lanjut atau melalui e-mel kepada Webmaster.
|
|
Online
 Loading...
Penafian
PSSCM tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini. Sila klik disini
Untuk paparan terbaik, sila gunakan browser IE 8+ atau Mozilla Firefox 3+.
|