promo

Pengumuman

Kewujudan Laman Komuniti

Pada masa ini PSSCM tidak menyediakan sebarang laman komuniti seperti Facebook, Friendster, laman-laman blog dan sebagainya. Kewujudan laman-laman ini tiada sebarang kaitan dengan PSSCM. Sila rujuk Silatcekak.org untuk sebarang makluman rasmi. Harap Maklum.




Kelas Demonstrasi PSSCM Pusat

Setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Tempat : Kelas Latihan Jalan Kent, KL. Keterangan lanjut sila berhubung dengan Sdr. Roslim Abdullah.




Notis MAC Selangor

Mesyuarat Agong Cawangan Selangor. Tarikh : 7/3/2010 (Ahad) Jam 2.30 petang. Tempat : Pusat Latihan Kuang, Selangor

Download Notis di sini




Takziah & Al-Fatihah

Takziah kepada Sdr. Jaafar Jonit di atas kembalinya mertua beliau Saodah Abd Rahman ke rahmatullah pada Sabtu 27/2/2010 jam 9.45mlm di Kg Parit Samion, Kota Dalam, Mukim Lapan, 86100 Air Hitam kerana stroke. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ayer Hitam 28/2/2010 jam 9.00 pagi. Al-Fatihah ...




Kalendar Cekak

<<  March 2010  >>
 Mon  Tue  Wed  Thu  Fri  Sat  Sun 
  1  2  3  4  5
  8  9101114
15161718
2223242528
293031    

Aktiviti Semasa

Majlis Sambutan Maulidurrasul PSSCM

Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 7.00 - 11.30 malam
Tempat : Rumah Persatuan, Jalan Kent, KL
Anjuran : Jabatan Bina Insan PSSCM
Penyertaan :  Semua ahli dijemput hadir
Pakaian : Baju Melayu / Kurung

Pertanyaan:
Tn. Hj. Mohd Fizol Saad

Maklum Balas

Bagaimanakah Laman Web Ini?
 
Guru Utama Melawat Omardin Di IJN Cetak

Kuala Lumpur, 12 Januari 2010 - YM Guru Utama PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah bersama Ketua Penerangan PSSCM, En. Rosman Bin Mat Deli serta beberapa orang ahli PSSCM melawat Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.


Datuk Omardin kelihatan ceria ketika menerima lawatan Guru Utama dan ahli-ahli PSSCM.

Datuk Omardin mula dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari di IJN Sabtu lalu selepas dirujuk dari Hospital Selayang akibat serangan jantung. Keadaan beliau kini agak stabil dan ditempatkan di Wad Bunga Raya pusat perubatan berkenaan. Beliau dijangka akan menjalani pembedahan dalam tempoh terdekat.

Datuk Maideen secara peribadinya mendoakan agar Mahaguru Silat Lincah itu agar cepat sembuh dan mengajak semua untuk bersama-sama berdoa untuk kesejahteraan beliau.

 

Carian


Iklan

Budaya Cekak 2
Suara Cekak


CD dan VCD


Online

Get Moolets
LoadingLoading...

Penafian

PSSCM tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini. Sila klik disini

Untuk paparan terbaik, sila gunakan browser IE 8+ atau Mozilla Firefox 3+.

Mutiara Hikmah

" Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong"

"Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita"

"Bila anda tidak punya tujuan utama dalam hidup ini, maka anda pasti akan hanyut menuju kegagalan"

"Agama bukan sekadar fikiran ataupun perasaan mahupun perbuatan, tetapi adalah pengukapan hidup sebagai keseluruhan"