Kuala Lumpur, 12 Januari 2010 – YM Guru Utama PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah bersama Ketua Penerangan PSSCM, En. Rosman Bin Mat Deli serta beberapa orang ahli PSSCM melawat Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Datuk Omardin kelihatan ceria ketika menerima lawatan Guru Utama dan ahli-ahli PSSCM.

Datuk Omardin mula dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari di IJN Sabtu lalu selepas dirujuk dari Hospital Selayang akibat serangan jantung. Keadaan beliau kini agak stabil dan ditempatkan di Wad Bunga Raya pusat perubatan berkenaan. Beliau dijangka akan menjalani pembedahan dalam tempoh terdekat.

Datuk Haji Maideen secara peribadinya mendoakan agar Mahaguru Silat Lincah itu agar cepat sembuh dan mengajak semua untuk bersama-sama berdoa untuk kesejahteraan beliau.