Silat Cekak - Silat Papan Sekeping
Suara Cekak, Bilangan 1, Tahun 1975
Pada 2hb Mac 1975 di Stadium Negara, di hadapan ribuan peminat silat di sekitar
bandaraya, PSSCM telah memperkenalkan perkataan 'SILAT CEKAK, SILAT PAPAN SEKEPING'.
Sebenarnya 'Silat papan sekeping' lahir bersama-sama namanya yang asli 'SILAT
CEKAK'. Perkataan tersebut membawa maksud silat Cekak yang asli dengan
kadeah-kaedah yang mara ke hadapan saja (tidak mengelak ke kiri dan ke kanan)
boleh digunakan untuk mempertahankan diri di tempat yang sempit walaupun ditas
titi papan sekeping.
Hanya baru-baru ini sajalah ini ditekankan kerana terdapat orang-orang persendirian
yang kononnya mengaku mengajar Silat Cekak yang sama dengan Silat Cekak
yang dipimpin oleh YM Ustaz Hanafi, sedangkan silat mereka itu mempunyai
langkah melangkah, tari menari dan gong gendang serta tidak boleh digunakan di
tempat yang sempit. Hal ini telah diakui sendiri oleh pengajarnya di masa kita
dijemput oleh pihaknya (jemputan yang ada udang di sebalik batu) untuk membuat
pertunjukkan di Sabak Bernam. Beliau mengaku sendiri secara disedari atau tidak
sengaja, bahawa silat yang dibawanya sebenarnya silat 'GAYUNG PETANI'.
Untuk menjadi pedoman pada orang ramai yang mencari Silat Cekak yang asli,
maka PSSCM telah memperkenalkan perkataan 'SILAT PAPAN SEKEPING'.
Di samping itu Silat Cekak yang sebenarnya hanya diajar melalui PSSCM yang
dipimpin sendiri oleh Guru Utamanya YM Ustaz Hanafi.